Saturday, October 22, 2011

70 DOSA-DOSA BESAR

Mengikut Imam Azzahabiyy dalam kitabnya “Al-Kabaair” beliau cuba menghimpunkan jenis dosa-dosa sebanyak 70 perkara.

1. Belajar ilmu dan sembunyi pengetahuan
2. Bersaksi palsu
3. Berjudi
4. Bersumpah palsu dan bohong
5. Berbohong
6. Bergambar dibaju (bila sembahyang)
7. Berperempuan pelacur
8. Berbuat buruk terhadap yang lemah
9. Berdebat dan memusuhi
10. Bersifat dayus
11. Bercakap kasar dengan orang tua
12. Dusta nama Allah dan rasulnya
13. Derhaka pada suaminya
14. Derhaka pada hamba Allah anggap baik dirinya
15. Hakim derhaka
16. Homosex (seagama sejenis)
17. Kurang timbangan
18. Lari seorang hamba dari tuannya
19. Lelaki menyerupai wanita
20. Lari dari medan perang di jalan Allah
21. Membunuh manusia
22. Membunuh diri sendiri
23. Mengamalkan sihir
24. Meninggalkan sembahyang lima waktu
25. Meninggalkan sembahyang jumaat
26. Menderhaka kepada kedua ibu bapa
27. Memutuskan hubungan silaturrahim
28. Melakukan zina
29. Makan harta anak yatim secara tidak betul
30. Makan dari kekayaan yang haram
31. Memberi rasuah dan mengambil rasuah
32. Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong
33. Makan riba
34. Minum arak
35. Mencuri
36. Merompak
37. Melakukan kezaliman
38. Melakukan pengkhianatan
39. Menyebut-nyebut pemberian
40. Mengingkari janji
41. Memfitnah
42. Mengutuk orang Islam
43. Merasa aman dari kemurkaan Allah
44. Menipu harta rampasan
45. Melampaui batas
46. Menuduh zina terhadap orang baek
47. Memakai emas dan sutera (bagi lelaki)
48. Mempercayai nujum dan sihir
49. Menjadi bapa sanggup
50. Mencari kesalahan orang lain
51. Menganggu orang lain
52. Menganggu tetangga 
53. Menyakiti dan memaki orang Islam
54. Mengintip rahsia dan buka rahsia orang
55. Mencaci sahabat-sahabat nabi
56. Mengurangi wasiat
57. Mengingkari takdir
58. Putus asa dari rahmat Allah
59. Penipuan kezaliman terhadap rakyat
60. Riak mempamerkan diri
61. Syirikkan Allah dengan sesuatu yang lain
62. Sombong serta angkuh
63. Sembelih untuk selain Allah
64. Tidak mengeluarkan zakat
65. Tidak berpuasa di bulan Ramadhan
66. Tidak menunaikan haji jika mampu
67. Tidak beristibrak kencing
68. Tidak mendengar cakap ibu bapa
69. Tipu daya
70. Wanita menyerupai lela
ki.




  • HADIAH UNTUK ORANG ISLAM

Sifat yang anda miliki ini merupakan sebagai sumbangan amal jariah dan semoga usaha yang sedikit ini akan dinilai oleh Allah SWT member ganjaran pahala dan mendapat keredhaan di dunia mahupun di akhirat

Sunday, October 2, 2011

Wanita Solehah Lebih Baik Daripada Bidadari Syurga


Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda 
telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.
Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, cthnya seperti Uwais Al-Qarni.
Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.
Rasulullah SAW bersabda,
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Lagi sabda Rasulullah SAW,
“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)
Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)
Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah..
Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?
Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.
Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”
Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”
Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”
Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)
“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)
“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.
“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”
“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”
Setelah itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata”pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”
Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.
“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)